Tuesday 9 October 2012

SENARAI AHLI JAWATANKUASA MASJID SAYYIDINA ALI MASJID DAERAH MELAKA TENGAH

BIL.
JAWATAN
NAMA
1
PENGERUSI
YB Senator Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam
Mantan Ketua Menteri Melaka
2
TIMBALAN PENGERUSI
YBhg. Datuk Md. Sirat Bin Abu
Mantan Ahli Parlimen Bukit Katil
3
SETIAUSAHA
Hj. Mohd Dan Bin Samah
Penghulu Dun Bukit Baru
4
PEN. SETIAUSAHA
En. Abdul Razak Bin Wahab
Setiausaha Japerun Bukit Baru
5
BENDAHARI
Datuk Abdul Ghafar Bin Ibrahim
6
AHLI JAWATANKUASA
Datuk Mohd  Zin Bin Mansor
Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka
7
AJK
En. Roslan Bin Ibrahim
Pegawai Daerah Melaka Tengah
8
AJK
Pn. Sofiah Binti Harun
Yang di Pertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
9
AJK
Jurutera JKR Daerah Melaka Tengah
10
AJK
Ustaz Abdul Halim Bin Tawil
Kadi Daerah Melaka Tengah (PTA)
11
AJK
En. Md. Isa Bin Hj. Ibrahim
Pengerusi JKKK Bukit Katil, Melaka
12
AJK
Y.Bhg. Datuk Hajjah Hazizah Binti Mohd Sultan
13
AJK
En. Mohd Bin Dalip
14
AJK
En. Abu Samah Bin Mohamad
15
AJK
En. Karim Bin Yaakob
16
AJK
Hj. Bakar Bin Md. Ali
17
AJK
Ustaz Muhamad Firdaus Bin Shapian
Imam 1 Masjid Sayyidina Ali

18
AJK
En. Amir Bin Samat
Penyelaras Masjid Dan Madrasah Parlimen Bukit Katil

SENARAI NAMA PEMBEKAL/KONTRAKTOR KESELAMATAN, LANDSKAP DAN KEBERSIHAN

BIL.
PEMBEKAL/KONTRAKTOR
KAKITANGAN
1
KESELAMATAN: MAIM BENTARA SECURITY
EN. MOHD YASIN 

EN. ABD SOMAT 

EN. KAMARUDIN
2
LANDSKAP: MAIM BENTARA
EN. SHARIMAN
3
KEBERSIHAN: KAA DINAR ENTERPRISE
EN. HALIM BIN HAMDAN

PUAN ROSZETA 

PUAN RAMLAH 

KOPERASI KARIAH MASJID SAYYIDINA ALI BUKIT KATIL MELAKA BERHAD



NO. PENDAFTARAN                                         : M-3-0329

TARIKH PENDAFTARAN                                   : 04 NOVEMBER 2011

PENGERUSI                                                      : DATUK HJ. MD. SIRAT BIN ABU

BIL. AHLI LEMBAGA                                         : 12 ORANG

JUMLAH AHLI                                                   : 53 ORANG

PEMILIK SAHAM                                               : 53 ORANG

NILAI SAHAM SEUNIT                                      : RM 100

JUMLAH PENYATA AKAUN TERKINI                : RM 800

AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN:


·         PENJUALAN AL-QURAN DIGITAL OLEH SEMUA AHLI KOPERASI.
·         MENGADAKAN PERJUMPAAN DAN PERSIDANGAN BERSAMA AHLI-AHLI KOPERASI.
·         MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PROGRAM-PROGRAM MASJID.
·         MENGADAKAN MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA AHLI-AHLI KOPERASI.
·      PENYERTAAN AHLI-AHLI KOPERASI DALAM KURSUS-KURSUS ANJURAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA.

JADUAL KELAS PENGAJIAN AGAMA



BIL

AKTIVITI / PROGRAM MINGGUAN

CATATAN

1

KELAS PENGAJIAN LEPAS MAGHRIB (ISNIN)
Ustaz Husni Bin Ali Hassan
(Pengajian Al-Quran)

2

KELAS PENGAJIAN LEPAS MAGHRIB ( SELASA )
Ustaz Mohd Anas Bin Zainal
(Mastika Hadis)

3

KELAS PENGAJIAN LEPAS MAGHRIB ( RABU )
Ustaz Hanan Bin Ali Hassan
(Pengajian Kitab Hidayatus Sibyan)

4

KELAS PENGAJIAN LEPAS ISYAK ( RABU )
Ustaz Affendi Bin Sarkawi
(Pembelajaran Berzanji)

5

KELAS PENGAJIAN WANITA PAGI ( KHAMIS )
Ustaz Husni Bin Ali Hassan
(Pengajian Al-Quran)

6

KELAS PENGAJIAN LEPAS SUBUH ( SABTU )
Ustaz Yaakub Bin Abd Majid
(Kelas Pengajian Agama)

TAKWIM MASJID SAYYIDINA ALI 2012

PERKARA
TARIKH
SOLAT 5 WAKTU DAN SOLAT JUMAAT

KELAS PENGAJIAN AGAMA

BACAAN YASIN DAN TAHLIL MINGGUAN

MAULIDUR RASUL
5 FEBRUARI 2012
ISRA’ DAN MIKRAJ(27 REJAB)
17 JUN 2012
NISFU SYAABAN(15 SYAABAN)
5 JULAI 2012
MAJLIS PENANGGUHAN KELAS
JULAI 2012
AWAL RAMADHAN
21 JULAI 2012
MAJLIS BERBUKA PUASA SEPANJANG RAMADHAN
21 JULAI – 19 OGOS 2012
QIAMULLAIL 15 MALAM AKHIR RAMADHAN
4 OGOS – 19 OGOS 2012
TADARRUS AL-QURAN SEPANJANG RAMADHAN
21 JULAI – 19 OGOS 2012
NUZUL QURAN
6 OGOS 2012
MAJLIS KHATAM AL-QURAN MDMT
17 OGOS 2012
HARI RAYA AIDILFITRI
19 OGOS 2012
HARI RAYA AIDIL ADHA
26 OKTOBER 2012
PROGRAM KORBAN DAN AQIQAH
26 OKTOBER 2012
MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MDMT
SETIAP BULAN
SAMBUTAN AWAL MUHARAM(MAAL HIJRAH)
(DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN)
15 NOVEMBER 2012


SEJARAH MASJID SAYYIDINA ALI, BUKIT KATIL


PENUBUHAN masjid ini agak baru dengan kedudukannya di sekitar daerah Melaka Tengah, namun kewujudannya sudah dipraktikkan sepenuhnya apatah lagi ia menjadi institusi ilmu umat Islam sekitar.
Masjid Sayyidina Ali dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 15 Disember 2010.

Terletak di Kilometer 11, Jalan Bukit Katil, masjid yang dibuka kepada orang ramai pada Mei 2010 ini dibina dengan kos RM6 juta meliputi 8,093 meter persegi luasnya. Masjid ini mampu menampung 2,500 orang pada satu-satu masa.

Reka bentuk luar dan dalam masjid ini adalah idea asal Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mahukan keindahan Islam dan tradisional Melayu diperincikan dengan kemas dan menarik pada setiap binaan seperti di anjung, beranda, mimbar serta dewan solat utama.


Masjid ini menyediakan kemudahan yang lengkap dengan mewujudkan kediaman pekerja, bilik air lelaki dan wanita di tingkat atas dan bawah, bilik memandikan jenazah, pejabat pengurusan masjid, dewan solat di tingkat atas dan bawah, bilik komputer, bilik bacaan, bilik mesyuarat dan dewan serbaguna. 


Turut disediakan bilik kenamaan lelaki dan wanita sekiranya majlis yang diadakan dihadiri oleh tetamu kehormat seperti mana yang pernah digunakan oleh Ketua Menteri Melaka sewaktu lawatan ke masjid terbabit. 

Mimbar yang terletak di sebelah kanan dewan solat berada di ketinggian hampir dua kaki menjadi lambang akan keteguhan syiar agama kepada umat Islam setempat. 

Terlihat jelas ukiran khat kalimah Allah, Muhammad serta potongan ayat al-Quran menghiasi ruang hadapan masjid memperindahkan lagi reka bentuk dan kesenian sedia ada. 

Masjid Sayyidina Ali amat aktif dalam menggerakkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sama ada kursus untuk pelajar sekolah atau kolej, kursus untuk imam masjid seluruh Melaka Tengah dan program tilawah al-Quran di peringkat tempatan dan antarabangsa. 

Majlis Tilawah al-Quran Dunia Melayu Dunia Islam antara program yang mendapat sambutan di masjid ini. Diadakan selama tiga hari menghimpunkan 16 buah negara dan negeri antaranya China, Singapura, Thailand, Filipina, Afrika Selatan, Riau, Aceh, Perlis, Terengganu, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak. 

Disamping itu, program motivasi Rumahku Syurgaku diadakan untuk pelajar seluruh Melaka selain kelas pengajian fardu ain yang diadakan setiap hari dan majlis agama mengikut kalendar Islam. 

Program korban dan aqiqah dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Temenggong (Yakaytem) yang dihadiri 300 orang terdiri daripada penerima sumbangan daging korban dan aqiqah dari rumah anak yatim, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan fakir miskin mendapat sambutan menggalakkan. 

Masjid Sayyidina Ali turut terkenal dengan kewujudan Maahad Tahfiz Al-Quran 
Masjid Sayyidina Ali (MTQMSA) yang ditubuhkan pada 1 November tahun lalu. 

Maahad terbabit dibuka bagi memberi peluang kepada pelajar berumur 18 hingga 21 tahun terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat. Kursus yang ditawarkan adalah Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat manakala tempoh pengajian selama tiga tahun. 

Kewujudan maahad ini turut memberi impak yang besar kepada peranan institusi masjid. Selain menjadi pusat perkembangan dan pembangunan Islam, Masjid Sayyidina Ali kini turut melahirkan hafiz dan hafizah yang bakal mencorakkan agama rasmi di negara ini.